Apa yang dicadangkan mereka secara rohnya adalah bagus. Kesemua mereka, mencadangkan gaji minima ini hanya semata-mata mahu melihat golongan pekerja mendapat gaji yang membolehkan mereka hidup dengan tidak menjadi miskin. Namun, saya rasa, cara ini adalah tidak berkesan.
Hanya semata-mata, membuat dasar dan polisi gaji minima, tidak akan menjuruskan kepada terhilangnya golongan pekerja yang miskin. Saya tidak nampak gaji minima akan menghapuskan kemiskinan.
Apa yang saya lebih nampak ialah, untuk menghapuskan kemiskinan secara total, nilai matawang RM perlu dikukuhkan.
Kenapa?
Untuk merendahkan harga barang.
Apa kaitan?
Jika harga barang menjadi rendah, maka nilai wang yang diperolehi dari gaji juga akan bertambah.
Contoh.
Sekarang, matawang RM bersamaan dengan USD3.05. Maka barang-barang keperluan eksport import semuanya berkadaran kepada nilai itu. Namun, jika RM diperkukuhkan kepada USD2.00, maka dengan sendirinya, segala urusan jual beli eksport import telah menjadi lebih murah 50% daripada hasil nilaiannya. Oleh itu, dengan sendiri, harga jualan barang-barang dapat dikurangkan kepada 50%.
Kaitannya banyak. Kita ambil contoh tepung.
![]() |
| gelandangan..... |
Maka, dengan mengekalkan emolumen pekerja, sudah pasti kos untuk menghasilkan tepung gandum menjadi lebih rendah. Oleh itu, sudah semestinya tepung gandum boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan ianya akan menjurus kepada merendahkan harga kuih muih dan yang terpenting, merendahkan harga roti canai sehingga RM0.50 satu.
Cuba bayangkan, seorang yang bergaji RM900 sebulan, namun kos kehidupannya ialah, harga roti canai 50 sen sekeping, gula sekilo RM1.25. Harga beras 10kg RM10, setin susu boleh dibeli dengan 60sen, harga petrol menjadi seliter 90sen, harga sewa rumah 3 bilik RM190 sebulan di tengah-tengah KL. Dengan terwujudnya gaji minima, dan pengukuhan nilaian RM, maka, hanya dengan RM900, saya yakin, kehidupan pekerja itu akan lebih terjamin dan dapat menghapuskan kemiskinan kepada sebilangan besar masyarakat.



0 ulasan:
Catat Ulasan