Dukacita dan irihati. Inilah 2 jiwa yang ditanggung oleh saya ketika ini. Dukacita kerana pertama kalinya dalam dua kali, tidak dapat turun ke demo. Satunya mansuhkan ISA, dan keduanya Bersih 3.0. Mungkin 2.5 kali. Kerana Bersih 2.0, terkandas di Lebuhraya PLUS akibat tayar motor yang pancit.
Lebih-lebih lagi hati terasa iri ketika berborak-borak dengan kawan-kawan yang berpeluang pergi. Menceritakan cerita-cerita dan ketika-ketika berada dalam demo kuning kali ketiga itu, dengan gaya dan lunak bahasa yang mengkagumkan diri sendiri, membuatkan saya berasa .. cukup 'geram'. Sepatutnya, saya pun ada bersama mereka pada 28 April itu.
Namun, apakan daya, takdirnya, saya dipaksa kerah untuk bekerja pada ketika itu.
"Tapi bos, esok saya hendak pergi Bersih."
"Alaah, engko Bersih dekat ofis je laa...."
Dua dialog petang Jumaat, jam 5.30 petang, antara saya dengan bos saya. Bos saya penyokong kuat Pakatan Rakyat.
Disebabkan saya sudah tahu bahawa saya tidak akan dapat hadir ke demo Bersih 3.0, maka saya membuat satu keputusan, untuk membuat satu eksperimen, dimana, pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin, saya akan menggelapkan diri saya dari mengikuti apa-apa perkembangan kehidupan dunia luar dan dalam Malaysia, dengan tidak menggunakan internet. Total hanya menggunakan media mainstream. Bukan media alternatif.
Dan saya telah berjaya melakukannya, kecuali sekali, ketika jam 2.00 petang Sabtu, saya 'terpaksa' membuka internet, kerana hati begitu terseksa, ingin mengetahui apakah perkembangan di Dataran Merdeka. Tetapi hanya dengan 10 minit, meluangkan masa.
Dari hasil kajian menggelapkan diri dari internet, maka kesimpulan yang saya dapati ialah, Pakatan Rakyat dalam bahaya jika PRU 13 berlangsung, walau dengan tiada penipuan dalam pilihanraya, 2 hari selepas Bersih 3.0. Mungkin akan sedikit reda, jika Harakah, yang dipegang oleh parasit, 'mengembangkan' keluarannya sehingga 5 kali ganda dan disebar 5 kali ganda ke ceruk rantau kampung-kampung dan Felda-Felda.
 |
| Takde internet, takdelah jumpa gambar ini. |
Ini kerana, dengan apa yang diperolehi dari Telivisyen, Bersih 3.0 adalah ganas, menyusahkan orang lain dan kerja angkara dana asing. 3 perkara yang saya perolehi ini, adalah hasil media mainstream, yang telah menggunakan segala kelicikan mereka, untuk menspin cerita, merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat. Dan mereka telah melakukan kerja itu dengan cukup cemerlang dan teratur. Very organize. Mungkin ini yang dinanti-nanti oleh BN, apakah berbaloi mengeluarkan ringgit berjuta-juta kepada APCO. Dan APCO telah menjalankan kerjanya dengan baik. Menipu.
Kajian utama saya adalah melihat, apakah reaksi 2 orang yang paling dekat dengan saya, iaitu ayah dan ibu saya sendiri. Apakah kesimpulan yang diperolehi oleh mereka berdua, yang telah membesarkan saya, dengan situasi perjalanan politik di tanah air melalui sinopsis Bersih 3.0. Ibu dan ayah tidak pernah membuka internet. Ayah saya buta komputer, dan ibu saya buta internet.
Apa yang menarik perhatian saya ialah, reaksi ayah saya melihat berita jam 8.00 malam di TV3 berkenaan dengan Bersih 3.0. Melihat dari raut wajah, ayah saya seperti mengerti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan berita yang diberitakan. Ayah tidak mempercayai 100% apa yang diberitakan oleh Buletin Perdana, begitu juga, ayah saya tidak mempercayai 100% apa yang ditulis di Harakah dan KeAdilan. Tetapi, apa yang menarik perhatian saya ialah, persoalan yang ditimbulkan oleh ayah. Lebih kurang begini soalan beliau kepada saya.
"Apa guna mereka semua berdemo beramai-ramai, kemudian balik ke rumah masing-masing, sedangkan tuntutan yang mereka tuntutkan, masih belum dijawab oleh SPR? Sepatutnya beranikan diri demo berbulan-bulan sehingga tuntutan mereka dapat dituntut.".
Ambek kau! Itulah dia minda ayah hamba, bekas seorang kakitangan kerajaan, yang begitu aktif didalam Kesatuan Kerja, yang pernah memimpin mogok pekerja pada 70-an dan 80-an, memberikan pendapat beliau, tentang fungsi dan syarat-syarat, kenapa kita berdemonstrasi.
Oleh itu, apa kata kita fikirkan kembali, apa yang perlu dilakukan pada Bersih 4.0 nanti.
Bersambung .......